USIMToday
Knowledge | Faith | Good Deeds
Recent news



GST lebih efisyen daripada SST
Tengku Nor Syazana April 1
Nilai, 26 Mac – Kupasan menarik mengenai isu semasa, Government Services Tax (GST) oleh 2 orang ahli panel yang terdiri daripada ahli professional dalam bidang ekonomi, Prof Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman dan Dr Izlawanie Muhammad, juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Usim, Abdul Muiz Abdul Hakim berjaya membuka minda para hadirin tentang pelaksanaan GST yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 April nanti. Forum yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat 4 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dihadiri oleh puluhan mahasiswa Usim khususnya.
Yatim Bukan Penghalang Untuk Berjaya
BANGI- “Pesanan arwah ibu saya supaya jangan sekali-kali meninggalkan solat dan belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading tidak pernah saya lupakan dan menjadi inspirasi kepada saya untuk melaksanakan hasrat ibu yang ingin saya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.” kata Afiqah Maisarah, 10, anak keempat daripada lima orang adik-beradik.
Malam Cakna Solidariti Tunjuk Sifat Keprihatinan Ummah
Nilai, 7 April 2015, - Jawatankuasa Kebajikan Siswa atau lebih dikenali sebagai JAKSA, Kolej Kediaman 1 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif untuk menunjukkan sifat keprihatinan terhadap saudara Islam yang ditindas dan dizalimi di seluruh negara seperti Palestin, Syria, dan Somalia dengan mengumpul dana serta berkongsi ilmu dengan menganjurkan Program Malam Cakna Solidariti Ummah yang berlangsung pada 7 April baru-baru ini.
Menurut pengarah program, Aisyah, Exco Kolej Kediaman 1, objektif program ini adalah untuk menunjukkan sikap keprihatinan mahasiswa terhadap kekurangan dan kesusahan masyarakat luar selain memberi sedikit sumbangan samaada dari segi kewangan, harta benda atau tenaga. Disamping itu, program ini turut memberi peluang kepada para pelajar dan masyarakat mengetahui isu sebenar yang melanda ummah di seluruh negara seterusnya menggalakkan para pelajar dan masyarakat bertindak sesuatu untuk menghentikan keganasan ini.
Tazkirah ringkas turut disampaikan oleh saudara Syamil Hafizi, Mantan JAKSA KK1 bertajuk “Ayuh Bersatu dan Cakna!”. Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu untuk mengatasi kezaliman terhadap umat Islam. Beliau menyentuh tentang peranan masyarakat umumnya dan peranan mahasiswa khususnya dalam menunjukkan kesedaran kepada nasib umat Islam di Negara yang tertindas seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.
“Antara usaha yang boleh kita lakukan ialah berdoa di samping memboikot produk-produk Israel untuk melumpuhkan ekonomi mereka.”
Pada malam itu juga diadakan pementasan Muslihat Kuffar, Derita Somalia, Tangisan Gaza dan Myanmar Tak Bertanah. Timbalan Yang Dipertua (TYDP) MPP USIM Nurul Atikah Mohammad Shafii, turut hadir menyampaikan sajak yang begitu menyentuh hati bertajuk “Kata Hati Mana Solidariti”.
Pada akhir program itu diadakan penyerahan sumbangan derma kepada Tabung Cakna Palestin dan pembacaan doa wehdah yang dipimpin oleh wakil JAKSA sendiri.