top of page
Search

Ceramah ‘Di Ambang Ramadhan’ sebagai persediaan menyambut bulan mulia

  • Tengku Nor Syazana
  • Jun 11, 2015
  • 2 min read

NILAI, 3 JUN – Keterujaan umat Islam dalam menyambut kehadiran bulan Ramadhan merupakan fenomena yang tidak asing lagi lebih-lebih lagi apabila telah tiba bulan Syaaban. Seramai lebih kurang 80 orang mahasiswa memenuhi dewan dalam satu program bersifat forum, dengan membawa tema ‘ Di Ambang Ramadhan : Adakah aku boneka Ramadhan?’ di Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Antara ahli panel yang hadir adalah Hassan Adli bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan, menyifatkan matlamat Ramadhan sebagai jalan menuju kepada ketaqwaan kepada Allah sebagaimana yang dirakamkan dalam surah Al-Baqarah ayat 183. Beliau dalam ceramahnya turut menasihatkan para mahasiswa yang hadir untuk meletakkan azam Ramadhan seperti menghafaz dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran serta berusaha melatih diri mengamalkan kandungan Al-Quran.

Ustaz Azhar Ibrahim Resedi, pensyarah Fakulti kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM yang merupakan ahli panel kedua dalam program itu mengambil peluang berkongsi persediaan yang wajar dilakukan bagi menghadapi bulan Ramadhan. Menurut beliau, sebagai umat Islam, setiap individu perlu melatih diri dengan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis bagi melatih ketahanan badan agar tetap cergas dan terbiasa untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Beliau turut mengingatkan kepentingan menjaga niat dalam melakukan amal ibadah agar diterima oleh Allah. Dari aspek rohani pula, ilmu yang mantap mengenai puasa haruslah disediakan agar ibadah yang dilakukan lebih bermakna dan bukan ikut-ikutan semata-mata.

Imam Muda Hassan sempat menjawab persoalan lazim yang sering dikemukakan berkenaan puasa iaitu tentang puasa enam di bulan Syawal dan puasa ganti. Menurut beliau, terdapat khilaf dalam perkara tersebut tetapi bagi pendapat peribadi beliau, eloklah di asingkan antara puasa sunat enam hari di bulan Syawal dan puasa ganti.

Menurut Siti Sofia Mohd Kasim, mahasiswa USIM, dia berkata ,pelbagai perkara baru dan ilmu yang bermanfaat berjaya dikongsikan dengan para mahasiswa dan berharap agar program sedemikian terus dilaksanakan di USIM. Program yang dianjurkan oleh Sekretariat Kelab Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) itu berakhir dengan jayanya sekitar jam 10.30 malam.

11167993_1066527656709439_8683237613823139972_o.jpg

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page