top of page

Karnival Warisan Anak Negeri Dan Aneka Rasa pupuk perpaduan kaum

  • Tg Nor Syazana
  • Jun 2, 2015
  • 2 min read

11350427_810234479060958_8904060574856570702_n.jpg

Persembahan tarian tradisi daripada peserta Negeri Sarawak pada hari penutupan karnival.

Nilai, 26 Mei – Sebanyak lima belas gerai pameran dibuka dalam satu program meraikan pelajar-pelajar daripada pelbagai negeri di Malaysia telah dilaksanakan pada 26 Mei 2015. Program tersebut berlangsung di perkarangan Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Program yang bertemakan “Karnival Warisan Negeri Dan Aneka Rasa” pertama kali dianjurkan oleh Kelab Sekretariat Rakan Muda (SRM) ternyata mendapat sambutan yang hangat apabila dikunjungi ramai pengunjung yang terdiri daripada wakil Hal Ehwal Pelajar(HEP), pensyarah dan mahasiswa sendiri.

Menurut Nur Zuhairah binti Amiruddin selaku pengarah program, antara obejktif utama pelaksanaan karnival ini termasuklah melahirkan mahasiswa yang cinta kepada seni dan budaya Malaysia. Tambahan lagi, unsur-unsur barat yang kelihatan semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat hari ini juga menjadi kayu asas kepada pelaksanaan karnival ini agar warisan tradisi setiap negeri tidak dilupakan. Melihat kepada sambutan orang ramai dan impak positif kepada pengunjung dan peserta, Zuhairah meletakkan harapan yang tinggi agar karnival ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Juadah-juadah, pakaian dan perkara yang melambangkan tradisi setiap negeri di pamerkan di gerai masing-masing. Contohnya, gerai Terengganu menyediakan masakan tradisi mereka iaitu Nasi Dagang dan turut dipamerkan pelbagai jenis batik asli manakala gerai Sarawak dengan sumpit dan pakaian tradisinya yang unik dan cantik. Setiap gerai berjaya menarik perhatian pengunjung dengan pameran-pameran yang tersendiri.

Menurut Encik Nasrul, Ketua HEP yang merasmikan majlis penutupan karnival itu berkata, karnival ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi mengeratkan hubungan dan menonjolkan ciri-ciri positif pada suku kaum masing-masing. Berkongsi harapan yang sama dengan pengarah iaitu mengharapkan pelaksanan karnival ini pada tahun-tahun akan datang, beliau turut mencadangkankan penambahan aktiviti di masa akan datang serta mengucapkan tahniah dan memuji para peserta dan urusetia karnival yang berjaya melaksanakan program sebegitu.

Para pengunjung yang ditemuramah juga melahirkan rasa teruja pada keunikan budaya yang dipamerkan di gerai-gerai tersebut. Pada majlis penutupan karnival, selain memperkenalkan budaya bagi setiap negeri, pemenang gerai paling menarik turut diumumkan.

Impak positif yang berjaya ditonjolkan diharap dapat menjadi penguat kepada hubungan persaudaraan dan perpaduan antara negeri.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page