top of page

USIM Tuan Rumah Majlis Pelancaran Buku

  • Nur Fariza
  • Jun 3, 2015
  • 1 min read

NILAI-Pelancaran buku “Sains Aktuari: Dari Aktuarius ke Aktuari” disambut meriah dengan kehadiran pelajar,pensyarah dan guru dalam bidang Sains Aktuari yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3,Universiti Sains Islam Malaysia(USIM).Majlis dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Bin Jusoh.Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Encik Kamarul Zaman Shaharudin,Naib Canselor USIM,Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad dan penulis buku Dr. Haslifah Mohamad Hashim.

pelancaran buku.jpg

Menteri Pendidikan II merasmikan program Majlis Pelancaran Buku Sains Aktuari : Dari Aktuarius ke Aktuari

Menurut Naib Canselor USIM,Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad,program Sains Aktuari telah ditawarkan di USIM sejak sesi 2005/2006.Sehingga sesi akademik 2014/2015,jumlah pelajar di peringkat sarjana muda adalah seramai 320 orang dan sebanyak 5 kohot pelajar telah bergraduat dan menjadikan alumni sarjana muda bagi program ini adalah seramai 127 orang.

Sementara itu,penulis buku “Sains Aktuari: Dari Aktuarius ke Aktuari”, Dr. Haslifah Mohamad Hashim merupakan pengarah program Sains Aktuari dan pensyarah di Jabatan Sains Matematik , University of Essex, United Kingdom.Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang akademik dan penyelidikan dan kepakaran beliau adaladalam menilai monetori manusia,ekonomi insurans hayat dan penyelidikan berkaitan sains aktuari.Dr.Haslifah turut menyatakan program ini hasil dari keterbukaan USIM dalam menerima jalinan akademik sains aktuari disamping menceritakan sedikit sebanyak tentang isi kandungan buku tersebut kepada para hadirin dalam dewan tersebut.

Menteri Pendidikan II Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Bin Jusoh dalam ucapannya menyatakan bahawa kita perlu jadi juara kerana kita sebagai orang islam tidak boleh katakan kita pelajar hanya jadi pengikut seperti dalam Al-Quran ada menyebut “kuntum khairu ummah” .

 
 
 

Commentaires


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page