top of page

i-REKA Tampil Perkenal Produk Pelajar

  • Sakinah
  • Jun 11, 2015
  • 2 min read

Nilai, 22 Mei - Penyertaan sebanyak 103 kumpulan merupakan penyertaan terbanyak bagi program (Rekacipta Inovasi Islam) i-REKA yang telah berlangsung selama 4 tahun berturut-turut sejak tahun 2011 diperkenalkan. Kumpulan peserta yang terdiri daripada pelbagai fakulti di USIM serta peserta yang datang dari UKM dan juga Darul Quran juga tidak ketinggalan untuk terlibat sekali dalam menjayakan program ini.

Program i-REKA merupakan satu program yang mempertandingkan hasil rekacipta para pelajar yang terdiri daripada pelbagai jurusan dan fakulti yang bertunjangkan bawah tema Innovations for Ummah.

“Setiap ciptaan daripada para pelajar dalam program i-REKA ini hendaklah memberi manfaat pada kemaslahatan ummah. Secara tidak langsung, hasil daripada ciptaan ini, balasan kebaikannya dapat diperoleh daripada semua pihak, termasuk para AJK dan pihak penganjur program yang memberi jalan agar produk ciptaan mereka ini diperkenalkan,” kata Prof. Dr Norita bt Md Norwawi selaku penasihat kelab Urusetia Reka Cipta dan Inovasi merangkap juga penasihat bagi program i-REKA pada kali ini.

Program ini terdiri daripada 8 jenis domain yang dipertandingkan, antaranya ialah Clinical and Health Science, Pure and Applied Science, Technology and Engineering, Social Science, Education Innovation, Information and Communication Technology, Social Innovation dan Creative Design. Setiap produk yang dicipta mestilah menepati ciri-ciri setiap domain yang mereka sertai.

“Program i-REKA ini memang bagus dan ianya boleh dijadikan satu platform untuk para pelajar menonjolkan bakat reka cipta yang terpendam dalam diri masing-masing. Tambahan pula, tujuan program i-REKA ini diadakan adalah sangat sejajar dengan misi dan visi USIM iaitu menerapkan ilmu dalil aqli dan naqli dalam segala aspek. Jadi, pada pendapat saya, program ini diteruskan pada masa hadapan dan seterusnya,” kata Husna As-Saedah bt Bain, pelajar Tahun 3 jurusan Teknologi Kimia dan Industri yang merupakan salah seorang peserta i-REKA.

Seramai 24 orang pemenang yang terdiri daripada setiap domain telah memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Hadiah utama dirangkul oleh kumpulan ‘Dream Team’ daripada Darul Quran dengan hasil ciptaan mereka ialah Braille for All. Produk yang mereka hasilkan adalah permainan untuk orang yang cacat penglihatan seperti ‘Sahibba’ namun ianya juga boleh dimain oleh orang yang normal.

“Kami tidak menyangka akan beroleh juara keseluruhan pada hari ini. Sebenarnya, sebelum ini kami pernah menyertai program Seminar dan Pameran Produk Kreatif (SPARK) yang dianjurkan oleh USIM, namun gagal beroleh sebarang kemenangan. Alhamdulillah, rezeki kali ini berpihak pada kami,” kata Khairul Anuar b Doing, yang merupakan ketua kumpulan Dream Team.

Secara keseluruhannya program ini dilihat sebagai satu kejayaan kerana berjaya memperoleh bilangan penyertaan yang agak ramai berbanding dengan tahun-tahun yang sebelumnya.

11218996_1652440968326880_6541001859826833781_n.jpg

Kumpulan IMTL dengan hasil produk mereka CHITOSAN-BIO-WASTE ACTIVE ULTRAFILTRATION (ChitoBAUF) MEMBRANES daripada USIM

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page