Yatim bukan penghalang untuk berjaya
- Wan Hanis Lyana
- Jun 1, 2015
- 2 min read
BANGI- “Pesanan arwah ibu saya supaya jangan sekali-kali meninggalkan solat dan belajar bersungguh-sungguh hingga ke menara gading tidak pernah saya lupakan dan menjadi inspirasi kepada saya untuk melaksanakan hasrat ibu yang ingin saya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.” kata Afiqah Maisarah, 10, anak keempat daripada lima orang adik-beradik.

Sebahagian daripada anak-anak yatim Rumah Bakti Al-Kausar
Afiqah Maisarah, yang berasal dari Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Selangor merupakan anak keempat daripada lima orang adik-beradik kini menetap di Rumah Bakti Al-Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi bersama dengan kakaknya, Afiqah Balqis, 13, setelah kematian ibu bapa mereka dalam nahas jalan raya tiga tahun lepas.
Afiqah Maisarah, 10, dan kakaknya, Afiqah Balqis, 13, masing-masing tidak menyangka yang kedua ibu bapanya akan pergi buat selamanya.
Ibu beliau, Suryati Bt Ismail, 37, semasa hayatnya bekerja sebagai pekerja kilang Hitachi, manakala bapanya, Ramli Bt Talib, 39, seorang kerani di sebuah syarikat swasta.
“Saya seronok tinggal di sini dan tidak pernah berasa kesunyian kerana di sini saya dapat kenal ramai kawan baru dan dapat belajar hidup berdikari,” ujar Afiqah Maisarah ketika ditemui di Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Beliau yang bercita-cita ingin menjadi seorang doktor berkata dia rindukan kenangan bersama arwah ibu terutama masakan ibu yang paling disukainya iaitu ayam masak merah.
“Saya redha dengan apa yang menimpa saya kerana mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku,” tambah Afiqah Balqis.
Difahamkan, kedua-dua mereka dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Rumah Bakti Al-Kausar setelah ketiadaan ibu dan bapa mereka manakala tiga orang adik-beradik yang lain dijaga oleh saudara terdekat.
Afiqah Maisarah kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi dan akan memasuki darjah lima tahun hadapan manakala Afiqah Balqis pula belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko Bandar Baru Bangi dalam Tingkatan Dua.

Bersama Puan Fauziah Bt Basri , Pengurus Rumah Bakti Al-Kausar
Pengurus Rumah Bakti Al-Kausar, Puan Fauziah Bt Basri, 40, ketika ditemuramah berkata, mereka memberikan kasih sayang yang sama rata kepada semua penghuni rumah ini.
“Kami menganggap anak-anak yatim di rumah ini sebagai anak-anak kami sendiri dan cuba memberikan yang terbaik buat mereka kerana kami tahu mereka dahagakan kasih sayang seorang ibu dan bapa.” kata beliau.
Pengasasnya, En. Ir. Razali Hj Basri berkata setakat ini Rumah Bakti ini tidak mendapat sumbangan secara tetap daripada mana-mana badan kerajaan mahupun baitulmal dan hanya mengharapkan sumbangan daripada orang ramai.
Rumah Bakti Al-Kausar ditubuhkan oleh Ir. En. Razali Hj. Basri diwujudkan untuk menempatkan anak-anak yatim dan miskin kini mempunyai 29 orang penghuni yang terdiri daripada seluruh pelosok negeri termasuk seorang anak yatim piatu dari negara Kemboja.
Comments