top of page

Transformasi diri : Mencari Redha Ilahi

  • Tengku Nor Syazana
  • Jun 11, 2015
  • 2 min read

image.jpeg

NILAI, 3 JUN 2015 - Program berbentuk motivasi yang diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tema Transformasi diri : Mencari Redha Ilahi dilihat menarik minat warga USIM apabila berjaya mengumpulkan peserta lebih 100 orang yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan staff USIM.

Kehadiran penonton yang memenuhi dewan disebabkan oleh kehadiran ahli panel terkemuka dan tidak asing lagi iaitu Prof. Dr.Muhaya Hj Mohamad, pengarah dan konsultan pembedahan mata ‘Prof Muhaya Eye and Lasik Centre’ di Kajang, Malaysia serta merupakan ikon yang seringkali muncul di kaca TV.

Sebagai seorang doktor dan ahli motivasi yang berjaya, Prof. Dr Muhaya berkongsi tips tentang bagaiman untuk mentransformasikan diri demi mencari redha Ilahi di celah kesibukan kehidupan. Dalam program tersebut, beliau menitikberatkan kebersihan dan keikhlasan hati di mana ianya merupakan perkara asas dalam menerima ilmu yang dielajari dengan mudah.

Dalam proses menuntut ilmu, beliau menasihatkan warga USIM khususnya untuk sentiasa mengambil masa untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan mengelakkan daripada mempunyai sifat kedekut ilmu. Beliau yang kini aktif bergiat dalam penulisan buku motivasi turut menyarankan setiap individu untuk bijak dalam memilih bahan bacaan yang bersifat positif dan membina selari dengan galakan Islam untuk membaca.

Turut hadir dalam program tersebut, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, merupakan Naib Cancelor Universiti Antarabangsa Albukhairy (AIU) berkata, beliau berterima kasih dengan kehadiran ahli panel dan turut melahirkan rasa kagum dengan pencapaian Prof. Dr. Muhaya dalam bidang kedoktoran dan motivasi.

Aktiviti kecergasan dan aktiviti meguji sikap positif terhadap kekuatan jasmani turut di lakukan melibatkan peserta daripada Fakulti Pengajian Sains Kesihatan USIM dan staff dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM.

Impak positif tersebut turut dirasai oleh salah seorang peserta program tersebut, Suhaiba binti Ramli, pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Bahas Utama Usim setelah ditemu ramah sebaik sahaja program melabuhkan tirai sekitar jam 5.30 petang. Selaku mahasiswa, Suhaiba melahirkan harapan agar segala yang dikongsikan oleh ahli panel dapat diamalkan sebagai langkah menuju kearah transformasi diri dan mengikut jejak langkah Prof Dr Muhaya menggapai kejayaan./

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page