top of page

Projek Metro Wifi perlu dimanfaatkan

  • Tg Nor Syazana
  • May 26, 2015
  • 2 min read

wifi.jpg

Dewasa ini, segala maklumat dapat dicapai dihujung jari melalui rangkaian internet. Internet merupakan lebuhraya maklumat tanpa sempadan dan menyediakan medan komunikasi yang fleksibel melalui aplikasi-aplikasi canggih juga laman sosial yang terkenal seperti Facebook, Twitter, Instagram, Skype dan WhatsApp.

Yang terbaru adalah kemudahan menelefon di WhatsApp atau lebih dikenali sebagai ‘WhatsApp call’. Aplikasi ini boleh dikatakan antara yang popular digunakan oleh pengguna-pengguna android. Hal ini sedikit sebanyak menunjukkan betapa pentingnya internet sehingga dengan adanya internet, mesej dan panggilan boleh dibuat tanpa menggunakan walau satu sen.

Baru-baru ini Naib Presiden Eksekutif Global dan Wholesale TM, Mohamad Rozaimy Abd Rahman mewara-warakan tentang satu projek Metro Wifi, dimana kemudahan jalur lebar tanpa wayar (Wifi) secara percuma bakal dilaksanakan tidak lama lagi sekitar bandaraya Kuala Lumpur sekali gus menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya bertaraf dunia. Lokasi seterusnya, mensasarkan Putrajaya dan Labuan sebagai tempat pelaksanaan projek Metro Wifi.

Bagi pandangan peribadi saya sendiri, projek penggunaan wifi secara percuma seperti projek Metro Wifi merupakan satu berita gembira kepada rakyat Malaysia khususnya malah sangat menarik apatah lagi jika ia melibatkan seluruh negeri di Malaysia. Hal ini berikutan ianya dapat memberi manfaat yang lumayan kepada para pengguna kerana segala capaian maklumat dapat dibuat dalam masa yang cepat dan di mana jua.

Merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) , statistik pengguna internet sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pada 2015 dianggarkan mencapai 25 juta bilangan pengguna Internet di Malaysia berbanding 18 juta orang pada 2012, menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Merujuk kepada SKMM juga, bilangan langganan jalur lebar dan kadar penembusan pada tahun 2013 seramai 6, 373.30 meningkat kepada 6,411.6 pada tahun 2014. Statistik tertinggi pada tahun 2014 adalah di Wilayah Kuala Lumpur iaitu sebanyak 115.7 kadar penembusan.

Namun, perlu diingatkan kepada setiap individu agar tidak menyalahgunakan kemudahan ini. Meskipun pihak SKMM telah menyekat lebih 2,753 laman web yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain, orang ramai perlu turut bertanggungjawab memastikan kemudahan ini digunakan sebaiknya.

Sejajar dengan projek wifi ini, ibu bapa perlu lebih kerap memantau penggunaan internet anak-anak mereka kerana masih ada laman sesawang yang tidak ditapis dan boleh menjerumuskan anak-anak kepada perkara yang buruk.

Islam sendiri tidak mengharamkan atau menolak kemajuan dalam kalangan umatnya namun setiap perkara perlu dibatasi dengan peraturan dan tidak melampaui batas sesuai dengan tafsiran daripada Surah Al-Maidah, ayat 87 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu) ,kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas ”.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page