top of page

Forum Penulis Muda dorong pelajar ceburi penulisan dakwah

  • Nur Fariza
  • Jun 3, 2015
  • 2 min read

IMG_2065.JPG

Puan Siti Jasmina (dua dari kanan) ketika berkongsi pengalaman pada Forum Pemuda Islam.

NILAI-Seramai kira-kira 250 orang hadir dalam forum penulis muda yang bertajuk Dakwah Dalam Sastera Islam:Kreativiti dan Pengaruh yang diadakan baru-baru ini.

Forum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu bertujuan menjadikan forum tersebut sebagai medan untuk membuka peluang yang luas kepada pelajar untuk menghayati bahasa di samping dapat menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

Antara ahli panel jemputan termasuklah Puan Nisah binti Haji Haron, wakil dari Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), Encik Nazmi bin Yaakub, Pengarang Sastera akhbar Berita Harian, Puan Siti Jasmina binti Ibrahim, pensyarah di Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) dan Encik Muhammad Fadli Al-Akiti, Editor Dewan Sastera terbitan DBP selaku moderator pada hari tersebut.

Menurut Encik Nazmi bin Yaakub, sarjana Russia terbahagi kepada tiga sfera, pertama, keindahan yang menenangkan. Kedua, faedah iaitu penyempurnaan akal fikiran seperti syair. Ketiga, kesempurnaan rohani yang mana ia merupakan sfera yang paling baik. Beliau juga turut berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidup beliau sebagai seorang editor.

Selain itu, Puan Nisah binti Haji Haron berkata, dunia media layar mempunyai lebih banyak pengaruh komersial berbanding pengaruh kesusasteraan.Oleh itu, para penulis skrip muslim sewajarnya menghasilkan skrip yang baik selari dengan tuntutan syariat dan tidak melanggar piawaian yang telah digariskan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebelum ditayangkan di layar.

Beliau turut mengemukakan cara untuk menyampaikan dakwah sepertimana yang terkandung dalam ayat Al-Quran dalam surah An-Nahl, ayat 125 yang bermaksud“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”

Tambah Puan Nisah lagi, setiap penulis hendaklah menulis dengan amanah kerana setiap patah perkataan yang kita tulis akan dihisab oleh Tuhan. Beliau juga meluahkan rasa takut terhadap pengguna laman sosial yang bebas dalam melontarkan pandangan sehingga mengundang kepada keruntuhan bangsa mereka sendiri.

“Tidak semestinya penulis itu adalah pendakwah, namun setiap pekerjaan yang diberikan juga dikira pendakwah”, ujar Puan Siti Jasmina binti Ibrahim selaku panel ketiga dalam forum tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa apabila menjadi seorang penulis, sememangnya tugas utamanya adalah berdakwah. Walaubagaimanapun, sebagai seorang muslim, kita mestilah melaksanakan tugasan dakwah walau apa pun pekerjaan kita. Kita dapat lihat menerusi drama contohnya, tanggungjawab pengarah adalah di pentas dan skrin, yang mana penulis tidak mempunyai kuasa di skrin layar tetapi cuma mempunyai kuasa pada kertas.

Forum Penulis Muda peringkat Negeri Sembilan ini turut dihadiri oleh kakitangan perpustakaan USIM, pelajar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshiah serta orang awam.

 
 
 

תגובות


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page