GST lebih efisyen berbanding SST
- usimtoday01
- Apr 1, 2015
- 2 min read
Nilai, 26 Mac – Berikutan dengan isu Goods and Services Tax (GST) yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada 1 April ini, satu program telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 4 (DKP 4) bagi membahaskan serta memberi penerangan yang lebih jelas kepada pelajar tentang GST.
Kupasan menarik mengenai isu semasa, GST oleh 2 orang ahli panel yang terdiri daripada Prof Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman yang merupakan salah seorang ahli professional dalam bidang ekonomi, dan Dr Izlawanie Muhammad selaku pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), juga Abdul Muiz Abdul Hakim,Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM berjaya membuka minda para hadirin tentang pelaksanaan GST yang akan dilancarkan secara rasmi. Forum ini dihadiri oleh puluhan mahasiswa USIM khususnya.
Menurut Prof Dr. Abdul Rahim, beliau memuji tindakan kerajaan Malaysia apabila memutuskan untuk melaksanakan GST di negara kita berikutan GST merupakan sistem cukai yang lebih efisyen jika dibandingkan dengan sistem cukai yang dipraktikkan sekarang iaitu Sales and Services Tax (SST).
“ GST sebenarnya telah lama di gunakan oleh 160 buah negara lain. Tidak mungkin 160 buah negara tersebut melakukan kesalahan apabila melaksanakan sistem cukai ini. Jadi tindakan kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Gst adalah satu keputusan yang bijak dan GST memang patut dilaksanakan.” ujar Prof Dr Abdul Rahim mengulas lanjut berkaitan pandangan peribadinya terhadap isu itu.
Prof Dr Abrul Rahim yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Syariah untuk HSBC Amanah Malaysia merangkap pensyarah Fakulti Ekonomi dan Mualamat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) walaubagaimanapun berkata, kerajaan perlu telus, amanah dan bertanggungjawab dalam menguruskan sistem ini agar segala yang dirancang dapat berjalan dengan baik serta memberi manfaat kepada negara disamping menjaga kebajikan rakyat. Beliau juga ada menyebut tentang Akta Pencatutan yang perlu di ketatkan demi kelangsungan dan kesejahteraan sejagat.
Dr Izlawanie pula berkata sistem SST yang digunakan sekarang sebenarnya mempunyai bnayak masalah bahkan negara mengalami kerugian.Berbicara tentang sistem cukai terbaru, beliau mengatakan GST tidak dikenakan ke atas semua jenis barangan. Barangan asas seperti beras, roti dan sayur-sayuran tidak akan dikenakan GST. Beliau berkongsi laman web yang boleh dirujuk oleh rakyat berkenaan GST di GST custom.
Abdul Muiz yang membawa suara mahasiswa berkongsi harapan agar usaha kerajaan melaksanakan GST memberi keadilan terhadap rakyat terutama kepada mahasiswa serta berharap pelaksanaan GST dapat memberi ‘win-win situation’ kepada kerajaan dan kepada rakyat Malaysia sendiri.
Mengakhiri forum itu, ketiga-tiga ahli panel bersetuju dengan pelaksanaan GST dan berharap semua pihak mendapat manfaat daripadanya.

Dr Izlawanie Muhammad (dua dari kiri) ketika melontarkan pendapat tentang kewajaran pelaksanaan GST.
Comments