top of page

Mahasiswa cenderung ketagih Facebook

  • Nur Fariza
  • Apr 1, 2015
  • 1 min read

Tidak dinafikan lagi Facebook sememangnya merupakan salah satu laman media sosial yang amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kini, bukan sahaja dalam kalangan mahasiswan dan remaja yang mempunyai akaun di Facebook, malah golongan 40-an dan 50-an turut mempunyai akaun mereka sendiri.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di London, pengguna Facebook akan mengh

abiskan masa terlalu lama menggunakannya sehingga mereka tidak gembira dengan kehidupan mereka sendiri. Pengguna yang mula membuka komputer akan terus buka laman tersebut terlebih dahulu sebelum membuka laman web yang lain.

Sebahagian besar daripada responden merasakan kehidupan mereka yang dikecapi selama ini telah dikuasai oleh Facebook. Banyak masa yang diluangkan hanya untuk Facebook sehinggakan tiada masa untuk melakukan perkara penting yang lain.

Menurut kajian yang dibuat secara rawak, seramai 85% daripada kalangan mahasiswa mengakui menggunakan Facebook setiap hari dan akan mengakses laman tersebut melalui telefon pintar dan komputer riba sama ada pada waktu perkuliahan ataupun waktu terluang. Mahasiswa di Malaysia menggunakan

Facebook sebagai medan untuk menyuarakan pandangan,melepaskan perasaan dan emosi serta berkongsi maklumat yang mereka ada. Namun,ketagihan dalam menggunakan Facebook turut mengundang kesan negatif kepada mahasiswa apabila mahasiswa kurang menumpukan sepenuh perhatian dalam kuliah dan secara tidak langsung boleh terjerumus kepada gejala `keyboard warrior’ .

Majoriti pengguna Facebook di Malaysia banyak menghabiskan masa di fanpage serta group dengan membaca status, menonton video, membalas komen serta bersembang melalui laman tersebut. Oleh itu, kita sebagai salah seorang pengguna Facebook hendaklah menggunakannya dengan sebaik mungkin dan janganlah sesekali menyebabkan ketagihan sehingga alpa akan tanggungjawab kita dalam kehidupan harian ini.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kebaikan dan keburukan Facebook, boleh klik disini

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page