USIM perlu tingkat kemudahan mesra OKU
- Sakinah Kusrin
- Apr 1, 2015
- 2 min read

Baru-baru ini, telah keluar di dada-dada akhbar yang menyatakan kerajaan begitu komited dalam meningkatkan kemudahan prasarana bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Hal yang demikian kerana, ianya bagi meningkatkan tahap keselesaan bagi pengguna OKU dan mereka juga berhak menjalani kehidupan normal seperti masyarakat yang lain.
Usaha kerajaan dalam membantu golongan OKU ini perlu dijadikan tauladan oleh semua pihak dan masyarakat kerana ianya menjadi satu tanggungjawab kita untuk membantu mereka. Melalui pemerhatian penulis lakukan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), USIM perlu menambahbaik kemudahan OKU yang sedia ada. Tidak semua fakulti di sini menyediakan kemudahan mesra OKU, walaupun rata-rata pelajar dan kakitangan di sini majoritinya adalah bukan golongan OKU. Namun, ianya menjadi satu tanggungjawab kepada kita dalam bergelar sebuah masyarakat yang prihatin. Seperti contoh, terdapat sesetengah fakulti di USIM yang tiada lif dan ram dan railing yang memudahkan pergerakan golongan ini terutama bagi pengguna kerusi roda.
"Itulah, selama saya belajar di sini, saya dapati tiada kemudahan yang disediakan untuk OKU, melainkan hanya ruangan parkir yang terdapat di sini ada disediakan. Contoh macam lif ke laluan kemudahan untuk OKU, tiada di fakulti ini," kata Anisah Abdul Rahman, pelajar tahun 3 jurusan Kaunseling.
Di samping kita mempunyai usaha dalam meningkatkan serta mengutamakan kemudahan golongan ini, secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan nama USIM di persada negara malahan tidak mustahil dunia juga. Tidak rugi dan menjadi satu kesalahan kepada kita sekiranya kita sanggup menyumbang wang dan tenaga kita kepada mereka yang lebih memerlukan.
Justeru, harapan saya agar kemudahan OKU di USIM dapat ditingkatkan serta diperbaiki dari semasa ke semasa agar misi dan visi USIM dalam melahirkan golongan Al-Abrar dan mencapai ilmu daripada segi aqli dan naqli itu tercapai. Ayuh, mari bersama kita berganding bahu membantu mereka!
Commentaires