top of page

FESBUK Cungkil Bakat Sukan Pelajar

  • usimtoday01
  • Apr 2, 2015
  • 1 min read

NILAI - Festival Sukan FPBU (FESBUK) yang julung kali diadakan berjaya mencungkil bakat para pelajar yang sudah lama terpendam. Program yang berlangsung selama dua hari iaitu, pada 14 dan 15 Mac mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).

Selain itu, festival sukan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamed Asin Dollah, Dekan FPBU, Dr. Noor Azizi Ismail serta Timbalan Dekan FPBU Dr. Mohammad Najib Jaafar yang bersama-sama turun padang bagi merasai kemeriahan sukan yang diadakan pada perlawanan akhir acara sukan futsal lelaki Tahun 2 dan 3.

Acara sukan yang menarik minat pelajar untuk turut serta adalah badminton, ping pong, bola tampar, sepak takraw, bola baling, catur, futsal, bola jaring, dan memanah.

Dalam perlawanan antara ketiga-tiga pasukan, pasukan pelajar Tahun 3 berjaya memperolehi kedudukan tertinggi bagi mata keseluruhan acara sukan sekaligus menjadikan pasukan Tahun 3 dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga perlawanan dalam setiap acara sukan antara pasukan adalah sangat sengit kerana masing-masing cuba membuktikan bakat tersendiri serta saling bersatu padu dalam berusaha untuk memperolehi kemenangan bagi pasukan mereka.

Secara keseluruhannya, objektif sukan FESBUK dapat dicapai iaitu dapat mencungkil bakat pelajar, mengukuhkan perasaaan muhibbah dan bersatu padu, melahirkan pelajar yang cerdas dan memberikan kesedaran akan kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan. Benarlah kata pepatah Arab “Badan yang cergas, lahir daripada minda yang sihat.”

Peserta memanah FESBUK Tahun 3 sedang bertanding

Antara peserta sukan FESBUK yang menyertai acara memanah.

 
 
 

תגובות


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page