top of page

Malam Cakna Solidariti Tunjuk Sifat Keprihatinan Ummah

  • Wan Hanis Lyana
  • Apr 7, 2015
  • 2 min read

11132403_881834508506653_619731_o (1).jpg

Saudari Atikah Shafie, menyampaikan sajak bertajuk "Kata Hati Mana Solidariti"

Nilai, 7 April 2015, - Jawatankuasa Kebajikan Siswa atau lebih dikenali sebagai JAKSA, Kolej Kediaman 1 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif untuk menunjukkan sifat keprihatinan terhadap saudara Islam yang ditindas dan dizalimi di seluruh negara seperti Palestin, Syria, dan Somalia dengan mengumpul dana serta berkongsi ilmu dengan menganjurkan Program Malam Cakna Solidariti Ummah yang berlangsung pada 7 April baru-baru ini.

Menurut pengarah program, Aisyah, Exco Kolej Kediaman 1, objektif program ini adalah untuk menunjukkan sikap keprihatinan mahasiswa terhadap kekurangan dan kesusahan masyarakat luar selain memberi sedikit sumbangan samaada dari segi kewangan, harta benda atau tenaga. Disamping itu, program ini turut memberi peluang kepada para pelajar dan masyarakat mengetahui isu sebenar yang melanda ummah di seluruh negara seterusnya menggalakkan para pelajar dan masyarakat bertindak sesuatu untuk menghentikan keganasan ini.

Tazkirah ringkas turut disampaikan oleh saudara Syamil Hafizi, Mantan JAKSA KK1 bertajuk “Ayuh Bersatu dan Cakna!”. Beliau berkata, umat Islam perlu bersatu untuk mengatasi kezaliman terhadap umat Islam. Beliau menyentuh tentang peranan masyarakat umumnya dan peranan mahasiswa khususnya dalam menunjukkan kesedaran kepada nasib umat Islam di Negara yang tertindas seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.

“Antara usaha yang boleh kita lakukan ialah berdoa di samping memboikot produk-produk Israel untuk melumpuhkan ekonomi mereka.”

Pada malam itu juga diadakan pementasan Muslihat Kuffar, Derita Somalia, Tangisan Gaza dan Myanmar Tak Bertanah. Timbalan Yang Dipertua (TYDP) MPP USIM Nurul Atikah Mohammad Shafii, turut hadir menyampaikan sajak yang begitu menyentuh hati bertajuk “Kata Hati Mana Solidariti”.

Pada akhir program itu diadakan penyerahan sumbangan derma kepada Tabung Cakna Palestin dan pembacaan doa wehdah yang dipimpin oleh wakil JAKSA sendiri.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page