Kalah bukan penghalang untuk cipta nama
- Sakinah
- Apr 30, 2015
- 1 min read
NILAI - Kekalahan FPBU dalam mendapat pingat untuk acara badminton dalam Sukan antara Fakulti (SUFA), USIM tidak menjadi halangan buat pemain-pemain pelapis fakulti berkenaan. SUFA yang berlangsung selama 3 minggu dan telah membuka tirainya pada 4 April yang lalu mendapat sambutan yang hangat oleh para atlet USIM bagi mempertaruhkan bakat masing-masing
Nur Fatin Amira, 22 tahun yang merupakan pelajar Tahun 3 dalam Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, FPBU memberitahu bahawa kekalahan dalam merebut pingat dalam acara sukan badminton dalam SUFA baru-baru ini bukan penghalang bagi FPBU untuk terus berjuang dalam meraih gelaaran juara.
“Saya yakin, bahawa sahabat-sahabat saya mampu lakukan yang terbaik, dan ini merupakan pengalaman pertama buat saya menyertai SUFA,” katanya ketika ditemu ramah baru-baru ini.
Walaupun begitu pasukan badminton FPBU berjaya mara ke semi-final dan beliau berasa teruja kerana dapat menunjukkan persembahan yang terbaik berbanding dengan pasukan FST yang tidak berjaya mara ke semi-final pada tahun ini.
“Tahun ini, pasukan FST tidak layak ke semi-final dan ianya menjadi satu motivasi untuk buat yang terbaik kerana pasukan FST merupakan pasukan yang hebat.”
Beliau berkata lagi ,bahawa beliau yakin dengan kemampuan para atlet FPBU yang mampu membawa pingat kejuaraan pada kejohanan SUFA pada tahun ini kerana beliau melihat para atlet FPBU menunjukkan permainan yang terbaik berbanding dengan sebelumnya.
“InshaAllah pada tahun ini FPBU boleh menang dan kawan-kawan saya telah m
elakukan yang terbaik,” katanya sebelum mengakhiri temu-ramah.
Comments