top of page

Ceramah Dating Sepertiga Malam Mendapat Sambutan

  • Wan Hanis Lyana
  • May 5, 2015
  • 1 min read

Fatimah Syarha ketika menyampaikan perkongsian.

NILAI- Sekreteriat Rakan Muda USIM telah menganjurkan ceramah yang membawa tajuk ‘Dating Sepertiga Malam’ yang menampilkan novelis terkemuka tanah air iaitu Fatimah Syarha Mohd Noordin yang merupakan Pengarah Sebarkan Bahagia Sdn. Bhd. yang berlangsung pada 5 Mei lalu bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) Fakulti Pengajian Quran Sunnah (FPQS).

Dalam ceramah yang berlangsung selama dua jam tersebut, Fatimah Syarha menyentuh soal kelebihan bangun Tahajud yang menjadi kekuatan rohani umat Islam.

“Solat malam atau solat Tahajud adalah satu peluang keemasan yang ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan hubungan kita dengan Pencipta. Solat terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat. Sebaik-baik solat sunat seperti yang diceritakan dalam hadis ialah solat Tahajud.”

Beliau juga memetik kata-kata Dr Yusuf Al-Qardhawi, dalam bukunya Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, antara kehebatan budaya orang Islam ini, mereka ini adalah umat yang berpagi-pagi. Tambah beliau lagi, terdapat banyak kelebihan yang dikurniakan bagi mereka yang rajin solat pada waktu sepertiga malam ini.

“Antara kelebihan solat malam ialah muka akan bercahaya pada hari kiamat dan ditingkatkan darjat orang beriman.”

Menurut Ahli Jawatankuasa Program, Qatrunnada’ Mohd Kamal berkata, beliau amat bersyukur kerana program ceramah berjalan lancar.

“Alhamdulillah kami bersyukur kerana program ceramah ini mendapat sambutan ramai dalam kalangan pelajar USIM. Pihak kami akan meneruskan dengan lebih banyak program seperti ini selepas ini.”

Kira-kira 300 orang turut hadir memeriahkan program ceramah Dating Sepertiga Malam tersebut.

k.jpg
 
 
 

Комментарии


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page