top of page

Ilmu pengurusan jenazah fardu kifayah

  • Wan Hanis Lyana
  • May 8, 2015
  • 2 min read

NILAI, 9 MEI 2015- Pengurusan Jenazah ilmu yang wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam. Perkara ini bukan sahaja perlu dikuasai oleh golongan imam, para ustaz atau pegawai agama sahaja tetapi semua golongan perlu menguasai ilmu ini. Dengan kesedaran inilah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) USIM dengan kerjasama Pusat Islam menganjurkan kursus pengurusan jenazah yang bertempat di Masjid Putra Nilai, Negeri Sembilan.

Seramai 32 orang peserta menghadiri kursus pengurusan jenazah ini yang terdiri daripada mahasiswa USIM dan orang awam. Kursus ini menekankan aspek teori dan praktikal pengurusan mayat. Slot pertama yang bermula pada jam lapan pagi yang dikendalikan oleh Ustaz menerangkan teori berkenaan cara menguruskan dan diikuti dengan praktikal pengurusan jenazah termasuk cara mengkafankan jenazah, cara memandikan serta mengkebumikan jenazah.

Menurut Ustaz Bosri bin Buyong, Hukum pengurusan jenazah ialah fardu kifayah kepada orang yang hidup di dalam sesuatu kawasan. Jika ada orang yang menguruskannya maka terlepaslah orang lain daripada kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada orang yang menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan itu.

Menurut salah seorang peserta Kursus Pengurusan Jenazah, Puan Muzaliza Musa, 35, Penolong Pembantu Am Wanita di Taman Semarak, ketika ditemuramah berkata, kursus pengurusan jenazah ini adalah kursus yang ketiga yang pernah diikuti beliau.

“Ilmu tentang pengurusan jenazah sangat penting dipelajari oleh semua umat Islam kerana sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga terdekat maka kitalah yang memainkan peranan menguruskannya dalam beberapa perkara.”, tambah beliau.

Menurut AJK Unit Perhubungan Kursus Pengurusan Jenazah, Nur Syazwana bt Kamarudin, 22, tujuan lain kursus pengurusan jenazah diadakan untuk mencari dana bagi tujuan GISO ke Melbourne, Australia pada bulan Ogos ini.

“Harapan saya supaya masyarakat betul-betul faham cara pengurusan jenazah yang betul berdasarkan teori dan praktikal yang telah disampaikan dalam kursus ini.” tambah beliau lagi.

Penceramah sedang menerangkan teori pengurusan jenazah kepada peserta
 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page