top of page

USIM Tawan Gunung Angsi

  • Sakinah
  • May 9, 2015
  • 2 min read

,NILAI - Biarpun penat, namun ia sangat mendamaikan. Itulah situasi yang boleh digambarkan oleh para peserta yang telah mengikuti program Trip Hiking Ke Gunung Angsi bawah anjuran Pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa USIM pada 4 April yang lalu.

Seramai 38 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengikuti . program tersebut dianjurkan bagi memenuhi sukatan pelajaran bagi subjek Keusahawanan yang merupakan subjek wajib universiti di USIM.

Menurut pengarah program ini, Munirah Binti Mohamad, Tahun 3, antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memupuk sillaturrahim di antara pelajar-pelajar USIM yang berbeza fakulti.

“Walaupun kita belajar di bawah satu bumbung, namun kita masih tidak kenal di antara satu sama lain disebabkan berada di fakulti yang berbeza-beza.”

Tambahnya lagi, program ini juga bertujuan untuk memastikan pelajar-pelajar USIM aktif menyertai aktiviti luar selain daripada aktif menyertai badan-badan kelab pelajar semata-mata. Justeru itu, mahasiswa yang progresif dan seimbang akademik serta sukan dapat dipupuk melalui penyertaan-penyertaan aktiviti yang berbentuk outdoor.

Selain itu, beliau menyatakan rasa bersyukur serta seronok kerana berjaya menganjurkan program sebegini yang memberi manfaat kepada rakan-rakan lain.

“Saya bersyukur kerana tiada dalam kalangan kami yang mengalami kecederaan sepanjang program ini berjalan. Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua peserta dan saya amat berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan.”

Nur Adibah, Tahun 3 pelajar jurusan Fiqh dan Fatwa berkata, beliau amat teruja dapat mengikuti program ini. Hal ini kerana, ketika mendaki gunung, beliau dapat menikmati keindahan flora dan fauna.

"Saya begitu seronok dan teruja dapat mengikuti program 'hiking' ini. Walaupun penat mendaki, tetapi, penat saya seolah-olah hilang, ketika menikmati keindahan flora dan fauna di sekeliling saya. Ianya sangat menenangkan."

Walaupun begitu, terdapat beberapa pesanan daripada saudari Munirah dan beliau berharap agar kejadian ini tidak lagi berlaku di masa akan datang,

“Pesanan saya, pelajar perlu menepati waktu yang telah ditetapkan agar tidak mengganggu kelancaran program dan mematuhi segala arahan yang diberikan serta jangan membuang sampah merata-rata walaupun di mana jua kita berada,” katanya bagi mengakhiri sesi temu ramah.

Ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai mata air yang menjadi tarikan di Gunung Angsi, boleh klik disini

IMG-20150405-WA0031.jpg

Peserta-peserta yang mengikuti program 'hiking' di Gunung Angsi.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Archive
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page